DEBAT LIVE AHMADIYAH VS USTAZ AZHAR IDRUS

Channel: LovMuhammad

41,872

TIP: Right-click and select "Save link as.." to download video

Initializing link download... Initializing link download.....

BACA DULU BARU KOMEN.


Ustaz Azhar Idrus telah memfitnah pendiri Jemaat Ahmadiyah Hz Mirza Ghulam Ahmad dengan mengatakan Hz Mirza Ghulam Ahmad mendakwa diri sebagai "TUHAN YANG SEBENAR". Apa yang menyayat hati ialah seorang tokoh yang dihormati dan dimuliakan serta dianggap sebagai tempat rujukan masyarakat Islam di Malaysia mengeluarkan FITNAH tersebut di dalam masjid.

Sedangkan Hz Mirza Ghulam Ahmad mendirikan Jemaat Ahmadiyah adalah untuk memartabatkan ajaran Nabi Muhammad saw serta mengenapkan nubuwatan Baginda saw bahawa "MATAHARI AKAN TERBIT DI BARAT" iaitu menyebarkan dan memancarkan SYIAR ISLAM di barat.

Masyarakat barat adalah golongan yang pragmatik jika mereka disirami dengan ajaran kerohanian Islam yang dibawa oleh Junjungan kita Nabi Muhammad saw,insya Allah mereka akan memeluk Islam. Jika bangsa barat yang menguasai ekonomi dan politik memeluk Islam maka "AKHIR ZAMAN" KEKACAUAN DAN KEMUNDURAN DUNIA ISLAM AKAN BERAKHIR.

Inilah yang dilakukan oleh Jemaat Ahmadiyah, video klip ini adalah salah satu program dakwah yang dilakukan oleh Jemaat Ahmadiyah di Barat bagi menyempurnakan nubuwatan Junjungan Kita Nabi Muhammad saw mengenai kebangkitan dan kemenangan Islam. Islam akan menakluki hati dan pemikiran masyarakat Barat yang akan menggemakan azan dan kalimah syahadah.

Atas dasar itu, Jemaat Ahmadiyah memohon diadakan muzakarah terbuka dengan Ustaz Azhar Idrus yang telah menghina dan memfitnah pendiri Jemaat Ahmadiyah yang merupakan pengikut dan pencinta sejati Nabi Muhammad saw.

Muzakarah terbuka tersebut akan memberi peluang untuk Ustaz Azhar Idrus kemukakan dalilnya untuk membuktikan bahawa Hz Mirza Ghulam Ahmad bukan pengikut dan pencinta Nabi Muhammad saw. Jika Ustaz Azhar Idrus menolak muzakarah ini dan tidak memberi keadilan kepada Jemaat Ahmadiyah, seharusnya beliau lebih mengetahui apakah yang beliau harus lakukan. Jika tidak maka genaplah nubuwatan Baginda saw mengenai keadaan umat dan ulama Islam yang mengeluarkan FITNAH.

"Akan datang, satu zaman pada manusia di mana tidak ada lagi yang tinggal dari Islam kecuali namanya dan dari Al Quran yang akan tinggal hanya tulisannya. Masjid-masjid makmur tapi kosong dari petunjuk. Ulamanya akan menjadi wujud paling buruk di bawah kolong langit. Kekacauan fitnah akan keluar dari mereka tapi akhirnya kembali kepada mereka juga" (Baihaqi).