Nasihat yang lebih spesifik terhadap isu Syria | Syam benteng terakhir umat Islam

Channel: khairulazmi mohamed

7,228

TIP: Right-click and select "Save link as.." to download video

Initializing link download... Initializing link download.....

Video ini adalah susulan daripada respon balas kepada video "Sham benteng terakhir Umat Islam" yang banyak digunakan bagi tujuan seruan jihad di Syria sekarang.



========
Hadis-hadis akhir zaman termasuklah As Sham sebagai benteng terakhir umat Islam itu sudah tentu diketahui oleh para ilmuan akannya. Bahkan bukan setakat orang Islam, pemikir barat terutamanya pemikir dan ilmuan Yahudi Kristian zionist juga sangat arif akan hadis-hadis ini, malah ada diatara mereka lebih arif dari kebanyakan umat Islam hari ini yang seperti buih dilautan.

Seperti respon awal saya terhadap video tersebut, Sheikh pernah menyatakan pendapatnya mengenai As-Sham atau secara spesifik syria atau lebih spesifik Damaskus adalah benteng terakhir umat Islam merujuk kepada ketika datangnya tiga watak utama disana. Imam Mahdi berada disana, Dajjal berada disana dan Nabi Isa a.s. berada disana.

Pendapatnya peperangan di Syria ketika ini belum lagi merujuk pada masa tersebut, kerana musuh yang nyata di Syria ketika ini masih terselindung. Masih ada banyak fitnah yang mengaburi para pejuang yang ikhlas. Perjuangan menjatuhkan Assad sebagai pemerintah yang zalim adalah perjuagan yang sama yang dilaungkan oleh Musuh Islam samada yang nyata mahupun yang berselindung didalam selimut. EU, Amerika, NATO, Saudi, Qatar, semuanya punya niat yang sama dalam kempen tersebut. Sebarang kemenangan menjatuhkan Assad pada masa ini lebih menguntungkan mereka.

Lagi pendapat sheikh, khilafah tidak akan tertegak di As-Syam selagi hadis itu tidak dipenuhi. Hadis yang menuntut umat Islam membebaskan Hijaz. Hizaj atau lebih spesifik Mekah perlu dibebaskan dari pengaruh Saud Wahabbi Zionist dahulu. Bila itu terjadi barulah Khilafah boleh tertegak. Hadis akhir zaman seperti keluarnya api dari Yaman, Al-Abdal dari Sham (Iraq dan Syria), mereka ini perlu menjatuhkan Tanduk Syaitan dari Najd dahulu, barulah Khilafah itu akan tertegak. Hakikatnya pada ketika ini Tanduk Syaitan itulah yang sedang menaja, menyokong perjuangan di Syria, maka sebarang kemenangan di Syria hanya menguntungkan mereka sahaja.

Maka apakah tindakan yang wajar dibuat oleh majoriti Sunni di Syria? Sheikh pernah beri pendapatnya dalam hal ini. Konflik di Syria boleh boleh diselesaikan dengan cara baik. Antara cadagannya ialah meja rundingan 3 penjuru antara Assad, wakil majoriti Sunni di Syria, dan Russia sebagai orang tengah. Sunni di Syria perlu terlebih dahulu menyedari yang Russia bukan musuh mereka, lupakan dahulu sengketa lama dan fokus kepada petunjuk Al-Quran dan Hadis yang merujuk kepada pakatan muslim dan rum di akhir zaman.

Bila kita sedar antara rum eropah barat dan rum eropah timur, yang mana satu antaranya yang sepatutnya kita jadikan lawan dan mana satu paut kita jadikan kawan, maka itulah penentu kejayaan yang cuba ditunjukkan didalam Al-Quran dan Hadis. Maka dalam meja rundingan tersebut Sunni boleh minta Assad untuk melepaskan kuasanya kepada wakil sunni, dan balasannya wakil sunni akan meneruskan polisi dan hubungan sediada antara kerajaan Syria dan Russia.

Jika keputusan ini dicapai ianya sepatutnya dapat memuaskan hati ketiga-tiga pihak, pertamanya sunni di Syria akan dapat mengambil alih pemerintahan disana, Assad pula boleh turun kuasa dan mendapat jaminan keselamatan dari Russia selaku orang tengah, pada masa ini pun Assad sedar yang dia memang akan jatuh, hanya menghitung hari dan bergantung nasib pada sokongan Russia sahaja. Pihak Russia juga akan berpuas hati kerana dapat meneruskan hubungan strategik sediada di Syria.

Namun adakah perkara ini yang akan terjadi? Wallahualam. Jika ini terjadi maka ianya dapat menangguhkan rancangan Zionist. Apapun semua sudah berada didalam jadual Allah s.w.t.
===========